Sabtu, 28 Februari 2009

Hargai isteri anda

Subject: Fw: Salam - hargai isteri anda..
Hargailah isteri anda......
Mulianya seorang isteri disisi Allah... Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak. Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak. Biarlah buruk mana isteri anda,
sayangilah mereka.....

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya. Cuti bersalin juga sehingga 60 hari.
Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah. Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang... sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.

Satu lagi berita gembira untuk wanita, Sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya, Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah ke atasnya jua..

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada
suami untuk lepas masuk syurga. Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain.. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya.

Sesingguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki. Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

Woman was made from the rib of man,
She was not created from his head to top him,
Nor form his feet to be stepped upon,
She was made from his side to be close to him,
From beneath his arm to be protected by him,
Near his heart to be loved by him.

"Wahai Tuhan...
ku tak layak ke syurgamu ...
namun tak pula aku sanggup ke nerakamu...
kamilah hamba yang mengharap belas darimu ...

"Ya Allah...
jadikanlah kami hamba² mu yang bertaqwa..
ampunkan dosa² kami, kedua ibubapa kami,
dosa semua umat² islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"......


Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah. Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini. Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya):"Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaaha illalLah', kamu pasti berjaya!"

Marilah kita ucapkan kalimah ini: "Laa ilaaha illallah!" x 10

Setelah ucapkannya sebanyak 10 kali, panjangkan/fowardkan email ini kepada sekurang- kurangnya 10 orang rakan-rakan anda. Bayangkan betapa besarnya pahala yang Allah sediakan, hanya untuk usaha kita yang sedikit ini

Mari ketawa dulu

Mari ketawa dulu...





"1.Cium Isteri
Pada suatu pagi, bertanya si isteri pada si suami:Isteri :Abang tengok jiran kita yg baru pindah tu? Suami :Kenapa? Isteri :Tiap pagi sebelum pergi kerja, suami dia akan cium isterinya. Bila pulang kerja, dia akan berikan isterinya sekuntum bunga mawar. Loving betullah mereka. Kenapa abang tak buat macam tu? Suami :Nak mampus... Mana abang kenal isteri dia?'

2.Bunuh Setan
Suatu petang selepas pulang dari kuliah agama di surau si isteri menceritakan apa yang didengarnya dalam kuliah tersebut kepada suaminya.'Abang, abang nak tau tak, ustaz kata bila suami dan isteri itu bersatu/bersetubuh kan bang, dengan cara yang betul dan menjaga syarat yang
betul maka pasangan tersebut akan mendapat pahala sama seperti membunuh 10 ekor atau beberapa ekor syaitan'. Kata si suami 'yerr kerr?' Tak apa malam ni malam Jumaat, masa yang sesuai untuk bunuh syaitan kan , betul tak sayanggg? sambil ketawa.. Isteri hanya tersenyum panjang. Selang dua hari kemudian, si isteri berkata: 'banggg, jom kita bunuh syaitan... bang'.
Si suami tersenyum panjang.
Selang dua hari kemudian,
si isteri berkata:
'banggg, jom kita bunuh syaitan... bang'.
'takpe...tunggulah malam'.
Esoknya si isteri berkata:
'banggg, jom kita bunuh syaitan...bang' .
Si suami diam sambil mengangguk lemah.
Esoknya si isteri berkata
'banggg, jom kita bunuh syaitan... '.
Si suami tiba - tiba marah dan berkata ...........
'Ayang nie nak bunuh syaitan ke atau nak bunuh abang'


3.Pak pandir menunjukankan kepandaiannya Nak dijadikan cerita, suatu hari pak pandir melalui satu lorong yang kecik semasa hendak pulang ke rumahnye.Entah macamana, di tengah perjalanannye tadi dia terjumpe seketul taik yang masih panas. Tapi dia masih konpius sama ada betul ke bende yang dia jumpe tu seketul taik.Oleh kerana kemusykilan yang teramat sangat tu, pak pandir ambil keputusan untuk mengkaji sampel najis berkenaan.
Pak pandir tengok ngan lebih dekat taik tersebut, lalu dia berkata,
'Bentuk macam taik...' Lepas tu dia pegang pulak taik tu, lalu dia berkata,
'Lembik...macam taik..'
Lepas tu dia ambik sikit taik tu lalu dia hidu
taik tu, lepas tu dia berkata,
'Bau macam taik.'
Oleh kerana pak pandir ni masih ragu-ragu dengan taik tu lalu dia pun mengambil keptusan untuk menjilat sedikit taik tersebut. Sebaik sahaja dia menjilat taik berkenaan dia pun menjerit....
'MEMANG TAIK! NASIB BAIK AKU TAK TERPIJAK!!!'

4.Mamak dapat anak Suatu hari sedang Ali minum teh di gerai Mamak yang biasa dikunjunginya,tiba-tiba Mamak gerai tersebut bersorak gembira dan terus datang kepadanya Ali: Apa yang suka sangat Mamak ni?
Mamak: Saya bini juga surat India mari.
Ali: Apa dia cakap? Tentu good news....
Mamak: Dalam dia punya surat ada cakap sudah beranak. New baby!Ayo.... saya banyak suka hati la. Saya belanja awak free minum jugak!
Ali:Tahniah! Mamak. Ini kena balik India cepat ni?
Mamak:Ya la, saya sudah tiga tahun tarak balik.
Ali: Lerrrrrr.??? ??...kalau 3 tahun tarak balik tu anak siapa? Hahahaha… 5..kisah 2 ekor burung.
Di sebuah kedai menjual burung, terdapat 2 ekor burung kakak tua. Kedua burung itu berbeza, yang satu suka bernyanyi dan yang satunya lagi hanya diam saja, datang seorang lelaki ingin membeli burung kakak tua.Ia berkata kepada si penjual burung.
Pembeli :Berapa harga burung kakak tua ini...??
Penjual: Kalau yang suka menyanyi itu $500, sedangkan yang diam itu $1000.
Pembeli: Ahhh...?? Kenapa yang suka menyanyi lebih murah dari yang diam.
Penjual: Yaa...memang berbeza, yang berharaga $1000 itu ialah pencipta lagunya.


6.Belajar bahasa English
Seorang gadis yang Bahasa Ingerisnya kacau-bilau. .. suatu hari terlanggar seorang pelancong US ketika berjalan2 di The mall Gadis:' I'm sorry '
Pelancong:' I'm sorry, too '
Si gadis kelihatan bingung kerana tidak faham apa yang diperkatakan oleh pelancong itu.. dia meneka2 dan terus menjawab..
Gadis:' I'm sorry. three '
Pelancong: ' What are you sorry for? '
Gadis:'I'm sorry, five '


7.Kek Hari jadi...

Seorang lelaki telah pergi ke sebuah kedai kek untuk memesan sebiji kek sempena hari jadi isterinya. 'Apa yang hendak ditulis pada kek ulang tahun ini,encik?' tanya si gadis manis yang bertugas di kaunter kepada lelaki itu.

'Mmmm, tulis saja 'Sayang tidak bertambah tua' di bahagian atas,
kemudian sambung dengan 'Sayang cuma bertambah cantik' di bahagian bawah,'kata lelaki itu. Esoknya, lelaki itu datang mengambil kek yang ditempahnya itu dan terus membawa pulang ke rumah untuk dipersembahkan kepada isterinya yang tersayang di hadapan tetamu-tetamu yang lain. Dan ketika kek itu dibuka di depan isteri dan tetamu undangan yang lain, lelaki itu setengah pengsan ketika membaca tulisan yang tertera di kek itu:

'SAYANG TIDAK BERTAMBAH TUA DI BAHAGIAN ATAS. SAYANG CUMA BERTAMBAH CANTIK DI BAHAGIAN BAWAH.'


8.Anak siapa??
Suzy menyampaikan hasrat hatinya kepada bapanya untuk berkahwin dengan Robert,
Jejaka pilihannya yang juga adalah jiran dan teman sepermainannya sejak kecil lagi.
Suzy :Ayah, Robert melamar saya. Kami mahu berkahwin.
Ayah :Apa? Tidak boleh! Kamu boleh berkahwin dengan sesiapa saja kecuali Robert.
Suzy:Tapi mengapa?
Ayah :(Separuh berbisik) Kerana Robert sebenarnya adalah abangmu.Tapi, jangan beritahu ibumu ye! Terkejut dengan jawapan itu,suzy pergi pula kepada ibunya.
Suzy :Ibu, Ayah melarang saya berkahwin dengan Robert.
Ibu :Tak usah dengar cakap ayah kamu tu. Kamu boleh kahwin dengan sesiapa yang kamu suka termasuk Robert.
Suzi :Tapi kata ayah, Robert itu abang saya.Adik beradik kan tak boleh kahwin..
Ibu :(Separuh berbisik) Hmmm....Ayah kamu pun tak tahu kamu bukan anaknya.
Suzy :Ha!!??!!

Mahathir pening

Mahathir Sedang Pening
Dilulus terbit pada Saturday, February 28 @ 09:57:47 MYT oleh TokPenghulu


Oleh kabanajoseph

"
Dulu – dulu , sekitar tahun 1993 , masa dia ubah perlembagaan dengan letak DYMM Sultan bawah tapak kasut Larrie dia , dia tak fikir ada rakyat Malaysia akan jadi cerdik macam hari ini , macam Nizar , dan sungguh – sungguh baca dan tafsir undang – undang tu , dan guna serta pakai betul – betul peruntukan di dalamnya , belek sehelai demi sehelai isi kandungannya.



Hari ni , Mahathir dapat lihat dengan mata dia sendiri , dengar dengan telinga dia sendiri , mungkin ini berkat doa Almarhum Ustaz Fadzil Nor , supaya Allah lanjutkan umur dia , dan diperlihatkan segala kerja tangan dia selama 22 tahun memporakperandakan seluruh system di Malaysia , ekonomi , politik , social , pendidikan , keselamatan , agama dan sebagainya.

Ini lah balasan di dunia , tension , tegang dan berkecamuk minda Mahathir sekarang ni !!!

Ini belum lagi kehuruharaan yang akan dialaminya di dalam kubur dan di Padang Mashyar nanti !!!

Salah satu hasil kerja tangan dan juga buah tangan dia ialah mengangkat dia menjadi Sultan , semua DYMM Sultan dan Raja – Raja serta Yang Dipertua Negeri diletakkan di bawah kerusi tempat duduk dia dan di bawah tapak kaki dia serta di bawah tapak kasut dia , dirasai Pak Lah dan juga Najib sendiri hari ini

Ini ekoran tindakan Speaker DUN Perak menggantung MB dan 6 EXCO nya. Kata Pak Lah tidak sah menggantung kerajaan ‘haram’ umno yang diperkenankan oleh DYMM Sultan dilantik secara sah , setelah mengguling dan merampas kuasa kerajaan Pakatan Rakyat yang sah secara haram. !!!!

Pening aku macam ni !!!!!!!!!!!

Patutlah Mahathir pun tengah pening sekarang ni !!!!!!!!!!

Bacaan asal "

Jumaat, 27 Februari 2009

Ular dalam tandas

Melayu...?

Aku rasa le ....aku dah nampak trend sekarang melayu akan hilang kuasa politik dan sebagainya .....sebab aku lihat melayu ni yg terkenal dgn lemah lembut, pemalas, tidak bjak akan di kalahkan oleh bangsa cina. Tak tau lah tahun berapa tapi aku pasti jika bagininya keadaanya satu hari nanti bila cina yg telah bersatu secara senyap akan bergabung dgn bangsa lain dan juga melayu yg khayal (ditipu tanpa sedar) akan memerintah....disitu aku rasa dia akan meminda perlembagaan sebab dah majoriti jadi melayu yg lain pun turut aje..... masa tu lah tiada lagi bumiputera sebab mereka akan buat semua rakyat malaysia dipanggil "Malaysian" semua sama ..... masa tu juga melayu terpaksa ikut atas dasar keadilan untuk semua........tak percaya tengoklah nanti.....

aku selalu terfikir ....apa sebenarnya bangsa lain nak...

Atas dasar KEPANDAIAN MEREKA ........mereka telah dapat

1. Singapura
2.Pulau Pinang
3.Kekayaan Malaysia .....20 atau ribuan Cina yg terkaya diMalaysia
4.Semua premis di Bandar semua mereka punya
5.Kebun sayur di Cameron Highland, Lombong, Estate, Menara Tinggi
Hotel, Perumahan, Padang Golf, Genting , Kedai, Kilang Roti,Paku
botol sampaikan buat kapal dll semua mereka punya
6.Sekolah,Rumah sakit, bank apa sahaja semuanya mereka dah dapat
7.Rumah, kebebasan berpolitik , mengundi
8.Membawa masuk saudara dari cina ke malaysia ...
9. Kereta,lori,kapal,Kapal terbang besar semua mereka punya

apa lagi yg mereka tak dapat............semua mereka dapat ...

Aku menyeru kepada bangsa Melayu ...dalam berpolitik biar pandai...sebab cina ni selalunya lebih pandai dari kita ...sebab itu dia lebih maju lagi dari bangsa kita ......

aku takut tergadai malaysia ini satu hari...sebab melayu sendiri dah pecah tiga......setiap hari berpolitik tapi terlupa kepada ekonomi sendiri....







[ Reply to This ]


Re: Melayu? by jengok2 on Friday, February 27 @ 18:53:24 MYT

hasil judi

Umno-BN tadbir negara dengan hasil judi
Wan Nordin Wan Yaacob
Sat | Feb 28, 09 | 2:01:13 am MYT
KUALA LUMPUR, 28 Feb (Hrkh) - PAS khuatir tindakan yang dilakukan oleh bakal Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak seolah menggambarkan Umno/BN mentadbir negara dengan hasil wang judi. Iklan



Ini berikutan, tindakan Najib yang meluluskan 10 'special draw' judi sebaik sahaja menerajui Kementerian Kewangan menampakkan 'tembelang' sebenar bakal Presiden Umno itu.

Demikian kata Bendahari PAS, Dr Mohd Hatta Ramli semasa mengulas jawapan bertulis Kementerian Kewangan mengenai kelulusan 10 cabutan 'special draw' kepada Ahli Parlimen Rasah, Loke Siew Fook baru-baru ini.

"Jawapan bertulis yang diberi kepada Loke terdapat 10 kali 'special draw' (cabutan khas) yang dibuat selepas Najib menerajui Kementerian Kewangan.

"Dengan cabutan itu kerajaan mendapat hasil cukai itu sebanyak RM77,026,171.04. dan dalam jawapan kementerian itu bahawa cabutan bertujuan untuk dana pendidikan, kesihatan dan sebagainya, "dakwa Hatta.

PAS khuatir tindakan ini sekali lagi menggambarkan bahawa Umno/BN mentadbir negara dengan hasil wang judi, katanya.

Malah paling dikesali, dalam keadaan ketiadaan wang kerajaan Umno/BN begitu mudah menggunakan industri judi untuk mendapatkan sumber kewangan, ujarnya.

"Ini juga menunjukkan kerajaan sebenarnya menggalakkan orang ramai berjudi, sedangkan judi akan mengundang kepada masalah sosial dan sebagainya," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai.

Paling membimbangkan, dalam keadaan ekonomi gawat, tabiat judi ini digalakkan dengan kelulusan 'special draw' akan hanya memusnahkan lagi ekonomi dan kantung rakyat, kata Hatta.

Sementara itu, Loke mendedahkan Kementerian Kewangan telah meluluskan 10 cabutan 'special draw' (cabutan khas) pada tahun 2008.

Katanya jumlah kutipan cukai yang diperolehi daripada cabutan khas tersebut adalah sebanyak RM77,026,171.04.

Kerajaan membenarkan cabutan khas diadakan berdasarkan kepada keperluan semasa yang bertujuan untuk membiayai pelbagai program dan projek pembangunan yang berbentuk sukan, kebajikan, pendidikan, kesihatan dan kemasyarakatan, dedahnya.- azm/mks. _

pemuda umno penipu

Pemuda Umno: MP Pakatan punca kecoh
Muda Mohd Noor | Feb 27, 09 6:01pm
Seorang ketua Pemuda Umno bahagian mendakwa kekecohan di bangunan Parlimen berpunca daripada tindakan dua ahli parlimen Pakatan Rakyat yang menerpa rombongan ketua-ketua Pemuda Umno ketika mereka sedang berbincang dengan pengerusi DAP Karpal Singh.

Lat Shahrizat Abdullah, yang turut berada di tempat kejadian mendakwa, dua ahli parlimen pembangkang tersebut telah menimbulkan provokasi sehingga menimbulkan keadaan tegang.

Ketua Pemuda Petaling Jaya Utara (PJU) mendakwa lagi, tindakan provokasi mereka itu, hampir mencetuskan kejadian tidak diingini.

Wakil-wakil rakyat yang dimaksudkan olehnya itu dipercayai N Gobalakrishan (PKR-Padang Serai) dan Lim Lip Eng (DAP-Segambut).

"Mereka berdua menerpa kita, kita terpa mereka tetapi tidak sempat bertumbuk kerana dileraikan.

"(Tetapi) mereka yang mengasari kita, bukan kita yang mengasari mereka," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Menceritakan kejadian tersebut, Lat berkata, 12 ketua Pemuda Umno bahagian dari Selangor bersama 10 penyokong pergi ke bangunan Parlimen kerana ada temujanji makan tengahari dengan seorang timbalan menteri.

Bagaimanapun, ketika berjalan pulang, mereka terserempak dengan Karpal yang sedang masuk ke dalam dewan dari bangunan pentadbiran Parlimen.

Cabar ulang di luar Parlimen

"Kami menghampirinya dan bertanya 'mengapa anda kata Pemuda Umno celaka. Kamu jangan berselindung di sebalik kekebalan bangunan Parlimen."

"Karpal menjawab 'saya malas nak layan kamu, saya nak masuk dewan Parlimen'," kata Lat lagi.

Sementara Ketua Pemuda Umno bahagian Serdang, Ungku Salleh Ungku Jamal yang turut hadir semalam berkata, rombongan Pemuda itu mencabar Karpal mengulangi perkataan "Pemuda Umno celaka" di luar dewan Parlimen.

Bagaimanapun, pemimpin kanan DAP itu enggan berbuat demikian, katanya ketika dihubungi hari ini.

Ditanya mengenai punca kekecohan itu, Ungku Salleh mendakwa, ia berlaku kerana tindakan Lim yang bertindak keterlaluan.

"Kita tidak ada masalah dengan Karpal, cuma Lim yang menyebabkan ia menjadi kecoh," katanya.

Ungku Salleh juga menjelaskan pihak polis belum mengambil sebarang keterangan daripada beliau berhubung kejadian tersebut.

Dimana boleh cari ramai melayu

Subject: Di mana boleh cari ramai Melayu?
Di mana boleh cari ramai Melayu
Pastinya di Kelantan dan Terengganu
Dan juga di pasar malam dan pasar minggu
Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu
Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu
Di Sungai Buloh, pusat pemuilihan, dulu di Pudu
Dan di jalan, lumba haram, rempit tak berlampu
Dan di selekoh duit rasuah depa pun sapu
Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan chandu
Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru
Terkinja-kinja best giler menari macam hantu
Apa hobi orang Melayu
Terkenal dengan budaya malas dan lesu
Berlepak buang masa tak jemu-jemu
Atau baca majalah Mastika, Metro pasal cerita hantu
Tengok telenovela dari Filipina dan Peru
Berpusu-pusu pergi tengok pamiran hantu
Sambil makan junk food, kuaci dan muruku
Sibuk bercerita tentang Datuk K dapat bini baru
Apa pakaian Siti nak pakai itu yang nak tahu
Mana tak gendut berpenyakit selalu
Kalau nak berlagak melayu masih nombor satu
Asal bergaya sanggup makan nasi dan toyu
Boleh tak jumpa mereka di kedai buku
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu
Ada tapi kurang sangat mereka di situ
Kenapa melayu jadi begitu
Nak salahkan siapa ibubapa atau guru
Pemimpin negara atau raja dulu-dulu
Ayat lazim di mulut ialah Melayu malas selalu
Nak harap Kerajaan saja membantu
Terutama sekali kontraktor kelas satu
Tak habis-habis gaduh nak jatuh siapa dulu
pasal jambatan senggek atau siapa dia penghulu
Dan suka sanggat dengan budaya ampu mengampu
Sampai bila kita nak tunggu
Bangsa Melayu jadi bangsa yang maju
BOleh! dengan beberapa syarat tertentu
Pertama dengan banyak menguasai ilmu
Kata nabi ikutlah Quran dan sunnah ku
AlQuran yang diturunkan 1400 tahun dahulu
tapi apa yang kita tahu, cuma baca bila nak halau hantu

Demi masa

Subject:'DEMI MASA' manusia selalu terlupa
1hari=24jam
Satu TAHUN ?
12 Bulan
52 Minggu
365 Hari
8760 Jam
525600 Minit
31536000 Detik
Distribusi normal manusia meninggal dunia (tahun)
< 60th
> 70th
60th - 70th
(65th)
Chart
Kebanyakan manusia meninggal dunia antara usia 60 thn-70thn (majoriti)
Puratanya manusia meninggal ± 65 th
"Baligh: Start untuk seseorang di perhitungkan amal baik atau buruknya selama hidup di dunia"
Laki-laki Baligh ± 15 tahun
Wanita Baligh ± 12 tahun
Usia Yang ada untuk kita beribadah kepada-Nya, puratanya:
Mati - Baligh = Baki Usia, :~ 65 - 15 = 50 tahun
50 tahun digunakan untuk apa?

Catatan:
50 tahun=
18250 hari=
458000 jam
12 jam siang hari
12 jam malam hari
24 jam satu hari satu malam

Gambaran kasarnya:
Mari kita muhasabah bersama..... ....!
Waktu kita tidur ± 8 jam/hari ;
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai tidur 18250 hari x 8 jam= 146000 jam= 16 tahun 7 bulan; dibulatkan jadi 17 tahun
Logiknya: Alangkah sayangnya waktu 17 tahun habis di gunakan untuk tidur, padahal kita akan tertidur dari dunia untuk selamanya... ....

Waktu aktiviti kita di siang hari ± 12 jam
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai untuk aktiviti:
18250 hari x 12 jam= 219000 jam = 25 tahun
Aktiviti disiang hari: Ada yang bekerja, atau bercinta, ada yang belajar atau mengajar, ada yang sekolah atau kuliah,
ada yang makan sambil jalan-jalan, dan banyak lagi.

Waktu rehat ± 4 jam
Dalam 50 tahun waktu yang dipakai untuk rehat 18250 hari x 4 jam= 73000 jam = 8 tahun
Rehat: menonton tv, atau mungkin dihabiskan termenung di buai khayalan.... ..
17 tahun + 25 tahun + 8 tahun = 50 tahun
Lalu Bila Nak Beribadah???
Padahal Allah ada berfirman yang bermaksud; "Tidak KUciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKU".
Maut datang menjemput tak pernah bersahut,
Malaikat datang menuntut untuk merenggut,
Manusia tak kuasa untuk berkata-kata,
Allah Maha Kuasa atas syurga dan Neraka,
Terimalah habuanmu seadanya..
Memang benar!!! Menuntut ilmu itu ibadah, kalau niatnya untuk ibadah, tetapi kebanyakannya belajar agar mudah mencari pekerjaan..
Sekiranya belajar itu tidak membantu menambah pendapatan kita, kita tidak akan belajar...
Memang benar!!! Bekerja cari nafkah itu ibadah, tapi bekerja yang bagaimana?
Ramai orang bekerja untuk hidup bermewah-mewahan dan amat kurang sedekahnya.
" Jarang ada yang menolak untuk dipuji dan dipuja tatkala berjaya "

Lalu Bila Nak Beribadah???
Oh! mungkin solat 5 waktu itu dianggap sudah mencukupi... !
Karena kita fikir; solat wajib besar pahalanya, solat amalan pertama yang dihisab, solat jalan untuk membuka pintu syurga...
Benarkah solat kita itu mencukupi dan diterima !!?

Berapa banyak solat kita dalam 50 tahun???
1 solat = ± 10 minit ..... 5x solat = ± 1 jam
Dalam waktu 50 tahun waktu yang terpakai utk solat = 18250 hari x I jam =18250 jam= 2 tahun

Kesimpulan:waktu yang kita manfaatkan dalam 50 tahun di dunia cuma 2 tahun untuk solat ( ini kalau yg solat 10minit!
Kalau solat macam ayam patuk tanah..amacam? ) 2 tahun dari 50 tahun kesempatan kita....
itupun belum tentu solat kita bermakna berpahala dan di terima.
Dan sekiranya pahala solat kita selama 2 tahun tidak sebanding dengan perbuatan dosa-dosa kita selama 50 tahun;
dalam percakapan kita yang selalu dusta, baik yang sengaja ataupun tidak, dalam pertuturan kita yang sering mengguris
orangtua kita, dalam harta kekayaan kita yang selalu kedekut terhadap orang faqir, dalam setiap perbuatan kita yang
selalu bergelumang dosa...

Logiknya:
Bukan satu yang mustahil kita umat akhir zaman akan berhamburan di neraka untuk mendapatkan balasan kelalaian... .........
Terlalu banyak masa yang terbuang percuma selama manusia hidup di dunia dan semuanya itu akan menjadi bencana..... .......

Penyelesaian:
Tiada kata terlambat walaupun waktu berlalu cepat, isilah ia dengan sesuatu yang bermanfaat!! !!!!!
Ingatlah negeri kita...Akhirat
TAMAT
"Bukan suatu paksaan untuk di sebarluaskan"
"Saling mengingatkan sesama bukanlah hal binasa''

Rabu, 25 Februari 2009

خمسة أشياء كلنا نريدها و نحاول الحصول عليها
lima perkara semua kita mahukannya dan kita usaha utk mendapatkannya




1-وجه جميل

1:wajah yang cantik

2- فلوس بالملاين

2: duit yang banyak

3- صحة قوية

3:kesihatan yang baik

4 - اولاد شاطرين وفالحين مثلنا

4:anak2 yg cerdik dan berjaya macam kita

5-

نوم عميق من دون مهدئات و أدوية

5:tidur yang nyenyak tanpa ganguan



سهلة جدا و بوصفة سحرية و سهلة تستغرق 15 دقيقة يومياً ! كيف؟؟؟؟؟

senang jer untuk mendapatkannya hanya 15minit setiap hari.



قال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم :

kata nabi saw

من ترك صلاة الصبح فليس في وجهه نور و من ترك صلاة الظهر فليس في رزقه

siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya

dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat

بركة و من ترك صلاة العصر فليس في جسمه قوة و من ترك صلاة المغرب فليس في

dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan,dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat

أولاده ثمرة و من ترك صلاة العشاء فليس في نومه راحة

dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak

بلغ عن الرسول (صلى الله عليه وآله وسلم ) ولو آية

sampaikanlah daripada nabi saw itu walaupun satu ayat



Salam....
>>> Hargailah isteri anda......
>>>
>>>Mulianya seorang isteri disisi Allah...
>>>Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri
>>>ini pada keluarga, suami dan anak-anak
>>>Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri
>>>mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.
>>>Biarlah buruk mana isteri anda,
>>>sayangilah mereka.....
>>>
>>>Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja
>>>dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia.
>>>Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...
>>>7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang
>>>tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
>>>Cuti bersalin juga sehingga 60 hari,
>>>
>>>Bila dah bersalin tu, susukanlah anak..jgn takut "kendur" atau
>>>menggelebeh pulak..
>>>
>>>Si suami pulak, jgn la berebut dgn anak utk menyusu pulak....
>>>Cuti ini bukan cuti suka hati
>>>tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah ,
>>>
>>>Tapi bila dah habis cuti tu..layan lah suami.."offer" lah pada suami,
>>>
>>>Nabi bersabda : berjimak dgn isteri itu pahala..jangan buat deekkk jeee,
>>>
>>>
>>>Jangan buat alasan itu dan ini pulak....ingat tu si isteri yee!!!
>>>
>>>Kata nak pahala lebih...
>>>
>>>
>>>
>>>Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. ..
>>>sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis
>>>nyawanya..
>>>
>>>Satu lagi berita gembira untuk wanita,
>>>Sepanjang dia mengandung
>>>Allah sentiasa mengampunkan dosanya,
>>>Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
>>>Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
>>>jadi kenapa perlu takut nak beranak?
>>>
>>>Marilah kita pegang kepada tali Allah.
>>>Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap
>>>mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.
>>>Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapi
>>>Allah beri kelonggaran siksa kubur.
>>>Untuk peringatan semua wanita yang bersuami
>>>seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala
>>>tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.
>>>
>>>Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan
>>>terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia
>>>terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.
>>>Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid
>>>atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah keatasnya jua..
>>>
>>>Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian
>>>Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya,
>>>jadi dia pun memberi pahalanya kepada
>>>suami untuk lepas masuk syurga.
>>>Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan
>>>isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.
>>>Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung
>>>terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.
>>>
>>>Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan
>>>diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik
>>>dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..
>>>Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat
>>>Allah agar tidak derhaka denganNya.
>>>
>>>Ses ungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
>>>Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak
>>>kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir
>>>kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan
>>>wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.
>>>
>>>Woman was made from the rib of man,
>>>She was not created from his head to top him,
>>>Nor form his feet to be stepped upon,
>>>She was made from his side to be close to him,
>>>From beneath his arm to be protected by him,
>>>Near his heart to be loved by him.
>>>
>>>"Wahai Tuhan...
>>>ku tak layak ke syurgamu ...
>>>namun tak pula aku sanggup ke nerakamu...
>>>kamilah hamba yang mengharap belas darimu ...
>>>
>>>"Ya Allah...
>>>jadikanlah kami hamba2 mu yang bertaqwa ..
>>>ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami,
>>>dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah
>>>meninggal dunia"......
>>>
>>>
>>>Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah.
>>>Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini
>>>di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa
>>>ilaaha illalLah' ini.
>>>Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya): "Wahai manusia! Ucaplah 'Laa
>>>ilaaha illalLah', kamu pasti berjaya!"
>>>
>>>Marilah kita ucapkan kalimah ini:
>>>"Laa ilaaha illallah!" x 10
>>>
>>>Setelah ucapkannya sebanyak 10 kali, panjangkan/fowardka n email ini
>>>kepada sekurang- kurangnya 10 orang rakan-rakan anda. Bayangkan betapa
>>>besarnya pahala yang Allah sediakan, hanya untuk usaha kita yang sedikit
>>>ini
>>>
>>>
>>>NOTE: PADA INSTERI-ISTERI FORWARD DAN BAGIKAN PADA SUAMI ANDA
Bahaya Minyak Angin! Parents Please Read!

Ini untuk pengetahuan awak dan bolehlah awak sampaikan atau pesan kepada kawan-kawan tanpa mengira kaum agar apa yang berlaku kepada anak saya tidak berulang kepada anak kawan-kawan kita dan juga umat manusia seluruhnya.

Ahmad Tarmizi Ahmad Basri ( anak kesayangan saya yang kelima) 3 tahun.

17/08/04-Demam biasa dan dibawa ke klinik untuk perubatan
18/08/04-Masih deman dan perut kembong akibat tak selera makan kerana sakit tekak (bengkak)
19/08/04-Saya kurang senang dengan kesihatan anak saya dan bawa dia berjumpa doktor pakar. Setalah diperiksa soalan pertama yang doktor tanya kepada saya serta isteri saya ialah??ada sapu apa-apa minyak di perut? bererti sebagai doktor dengan ilmu
kedoktorannya dia tahu bahawa puncanya adalah disebabkan minyak angin.

Anak saya dimasukan ke wad. Dia dalam keadaan koma tanpa membuka mata, berkata-kata, bergerak dan pernafasan pun dibantu dengan alat penafasan oksigen. Darah, kencing diambil bagi tujuan pemeriksaan.

Keputusan pemeriksaan :

Hati anak saya bengkak teruk disebabkan minyak angin telah menyerap masuk ke dalam tubuhnya. Kencing anak saya juga mengandungi minyak tersebut. Kesemua saluran darah menghadapi kesukaran akibat minyak itu. Anak saya tak sedarkan diri dan terus koma. Dia dibawa ke wad ICU dan dirawat oleh 6 orang doctor, antara 6 orang doctor, 2 darinya adalah dari Jerman.

Kedua belah kakinya ditebuk untuk memasukan ubat dan oksigen dengan mengunakan tiub. Kedua tangan juga ditebuk untuk memasukan glukos dan darah Kepala juga ditebuk di bahagian dahi untuk memasukan cecair ubat.

Saya disuruh oleh pihak hospital untuk tandatangan hampir 7 keping document untuk membenarkan anak saya diselamatkan dengan apa jua risiko tanpa menyalahkan pihak doctor. Saya bersetuju.

AlhamdullilAllah. . Anak dapat diselamatkan akhirnya dengan izin Allah dan kini dia telah dipindahkan ke wad biasa. Dia telah pulih hampir 80% dan sudah mampu untuk memanggil saya BAPAK bila saya disisi.

Iklas? Ketika anak dalam keadaan sedemikian segala harta, motor besar, kereta dan semua yang ada di dalam dunia ini tidak bernilai lagi. hampir 3 hari saya tak makan langsung dan air mata sentiasa berlinangan, saya seolah hilang malu dan tak bernyawa.

Azah, tolong pastikan jangan ada walaupun satu botol minyak-minyak yang dibeli direct dari penjual tepi jalan, penjual rumah ke rumah, pemberian dari jiran dan sebagainya, kerana mungkin ianya akan membunuh anak kita sebab kita sendiri pun tak tahu isi kandungannya.

Tergerak hati saya untuk memberitahu awak dengan harapan pengajaran ini dapat membantu anak orang lain dari menjadi mangsa MINYAK seperti anak saya.

Terima kasih
YANG PALING SENANG NAK BUAT TAPI SUSAH NAK BUAT…..





Ramai ibu bapa kadang-kala terlalu tertumpu dengan tugas seharian sehingga lupa untuk menasihati anak-anak ketika anak sedang tidur.

Ini ada satu petua dari ibu saya

1.setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke umbun2 kepalanya sebanyak yg mungkin atau memadai 100 kali.

2.membaca surah al fatehah 1 kali, alam nasyrah 1 kali

3.bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu kandung mereka. percakapan itu hendaklah berupa nasihat, pujian dan berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yg sedang tidur itu sangatlah bekesan kepada jiwa dan rohnya.

4.apabila kita sedang berbual-bual dengan anak sewaktu dia sedang tidur kita akan lihat matanya bergerak-gerak, walaupun dia sedang tidur.

5.ayah dan ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan umbun-umbun anak.

Cubalah petua itu dan insya allah kesannya akan anda dapat lihat sendiri.

Selamat mencuba......

bestkan jadi seorang ibu....
DEN RASO ADO KEMUNGKINAN SAMO LAH, CUBO KENKAWAN PIKIRKAN YO..



We've been conned again!
It's the same guy!!!!

kerajaan maboook

katakan tak nak

Arkib Blog